CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21533|Reply: 196

Ambil Kesempatan! Doktor Terkejut Caj COD Kuih Buka Puasa Berubah Saat Akhir

[Copy link]
Post time 29-4-2020 04:02 PM | Show all posts |Read mode




Sempena bulan puasa dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peniaga makanan masih menjalankan perniagaan seperti biasa, cuma kaedah pelaksanaannya sedikit berbeza kerana tiada bazar Ramadan.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini, Dr Nadia Abdul Kadir berkongsi pengalamannya membeli kuih untuk dijadikan juadah berbuka puasa secara pukal.






Dedahnya, penjual terbabit telah menetapkan harga bagi setiap kuih lepat labu dan tepung bungkus RM5 bagi setiap 10 biji kuih (set). Caj penghantaran pula adalah RM3.




Kredit foto: Ihsan Google - Kuih Tepung Bungkus (kiri), Kuih Lepat Labu (Kanan)




Katanya, dia membuat 33 pesanan dan jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM165. Penjual telah bersetuju caj penghantaran kesemua juadah tersebut adalah RM15.


Dr Nadia turut meminta setiap pesanan dibungkus secara berasingan kerana kuih itu dari pembeli berbeza-beza dan ia dipersetujui penjual berkenaan.


Sebaik pesanan diterima, Dr Nadia terkejut dengan caj penghantaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM99 (RM3 bagi setiap satu pesanan), caj per kepala berbeza dengan caj yang telah dipersetujui sebelum ini.


Kredit foto: Facebook Dr Nadia Abdul Kadir



Oleh kerana penjual tiba lambat untuk menghantar makanan tersebut dan pihak pembeli juga kesuntukan masa kerana sudah tamat waktu kerja, maka mereka bayar sahaja kesemuanya.


Dr Nadia berasa sedikit terkilan kerana pihak penjual mungkir janji dengan caj penghantaran yang dipersetujui sebelum ini.


Rata-rata netizen turut bersetuju dengan Dr Nadia. Penjual sebaiknya perlu lebih telus dalam perihal caj-caj serta terma dan syarat yang akan dikenakan pada pelanggan.







Kredit foto: Facebook Dr Nadia Abdul Kadir



Agak tidak masuk akal apabila pembelian itu dikira caj per kepala kerana penghantaran dibuat pada satu tempat yang sama.



Yang pasti, penjual ini telah hilang pelanggan yang berpotensi untuk terus membeli kuih daripada beliau, kan? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2020 04:08 PM | Show all posts
dulu penjual tu sekolah kat mana?
kagum ngan pengiraan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk order Rm165, delivery caj rm3 tak logik la, tapi caj rm3 untuk each tempat sama lagi tak logik. At least Rm10-20 ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh. Biasanya caj cod kalau pembelinya adalah 1 tuan.. Caj rm3 saja.. Silap2 free.. Ni tambah gaban sedut duit org.. Rm99 caj cod.. Fuhh.. Petrol seliter rm100 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni org yang terasa nak untung besar last minit. Pernah makan kat satu kawasan kampung di sarawak terkena sepinggan rm19-rm24. Terkedu kawan2 iols. Lauk biasa
Bila dia nak ambil kesempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:20 PM | Show all posts
kalau hantar banyak tempat, memang wajar la dia caj mahal. 33 tempat x Rm3 = rm99.. utk caj hantar shj. huhu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah knpe caj dikira mcm tu. Dh la caj mula2 lain pahtu last minute tukar.

Ingat blh kaya ke meniaga mcm ni.
Aku ingat time bazar je org menipu jual karipap angin... rupanya PKP pun ade jgk setan berkeliaran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bodonya penjual, biasa org bg free je delivery kalau beli banyak2. harap caj yahudi rm99 tu cukup utk dia hidup sepanjang pkp sbb pasni takde org nak beli dah kuih kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mybe dia nampak peluang untuk untung lebih.. which not a good thing to do in business
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:29 PM | Show all posts
Aneh sungguh matematik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga ni tgh kumpul duit untk gi haji tahun depan agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tunggu komen dari seller, ni time utk kau pertahankan hak kau, jangan senyap je kalau kau rasa kau betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa dia juai camtu? Caj standard je la. Lain la kalau mmg 33 org order asing2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara sebab org melayu susah nak kekal biz lama sbb ni la... Terlalu berkira utk pelanggan yang nak sapot lokal.

Cth sy semalam nak order nasi ayam dikenakan caj rm8. Walhal nasi ayam tu sendiri hanyala rm10. Penghantaran kawasan saya bukan jauh dan memang dia akan ada lalu kawasan ni..
Kalau caj delivery setakat rm2-3 ok lagi la utk order.. Ni caj sahaja dah dekat nak harga 1bungkus lagi. Since makanan berlambak lagi yang sedap2 dan siap ada free delivery dan discount,  saya pilih order dari restaurant jah..
Dari RM22 dapat discount RM11..lagi puas hati!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rider tmn umah aku nk charge rm 20 utk delivery McD padahal jarak mcd x smpi 10 km ke tmn umah aku. Mcd delivery x msk tmn. Sib baik ade Grab. Tapi yg x best, rege mcd kat grab plak extra skit dr biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la ritu beli kopok leko,bila sampai harga dah naik rm3, tah cemana nk kira. takpela halal jela. nasib sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya delivery! Call lah balik seller tu masa runner datang. Minta explanation.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya seller dah minta maaf and dr tu pun dah halalkan. Seller tu tak fikir dulu ke sebelum caj rm99 tu. Hantar satu tempat kan. Kalau rm10-20 ok kot lah berat kuih tu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh minta maaf tu oklah tp..kebanyakan kes..dorang mcm ok..minta maaf..pembeli maafkan..kira halal.
Pemikiran akan jadi satu trend..charge dulu..minta maaf..halal..settle.
Sbb tu penjual..dr awal reply lah apa pertanyaan org dgn telus.confirmkan harga kedua pihak.
Bila viral mula gelabah kata salah tu salah ni.kena hina lah boikotlah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang seller boleh pegi haji balik hari kalau selalu gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list