CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7179|Reply: 5

Ini Rupanya Maksud Lagu 'Hilang Gelap, Terbitlah Terang' (Sweet Charity)

[Copy link]
Post time 30-4-2020 11:29 PM | Show all posts |Read mode

Kredit : stail.my






Dalam satu adegan filem Rock 4: Rockers Never Die arahan sutradara Mamat Khalid yang memaparkan kumpulan Rimba Bara 2 dianggotai Rayyan lakonan Adam John, Omar (Hazama), Seri (Bulan Terry) dan Acap (Nazimi Fahmi) telah mengembalikan semula nostalgia pada lagu 'Hilang Gelap Timbullah Terang' yang popular pada awal 1980-an.




Kredit foto: iamlejen




Lagu nyanyian kumpulan Sweet Charity ditunjangi Papa Rock, Datuk Ramli Sarip itu terkandung dalam album Sejuta Wajah yang diterbitkan pada 1981.





Kredit : kasetlalu.com





Ia sebenarnya cover daripada dendangan asal penyanyi Indonesia, Toar Tangkau dengan judul asalnya, 'Habis Gelap, Timbullah Terang' yang telah dirakam pada akhir 1970-an.


Lirik lagu ciptaan Rudy R berkenaan diinspirasi daripada kesyukuran Pahlawan Nasional Indonesia, Raden Adjeng Kartini setelah mengetahui terjemahan surah al-Fatihah daripada ulama besar, Kyai Sholeh Darat atau nama sebenarnya, Kyai Sholeh Umar.


Menurut cucu Kyai Sholeh, Fadhila Sholeh sewaktu diwawancara dalam portal blokbojonegoro.com, Kartini berkata bahawa sebelum ini dia tidak pernah memahami maksud sebenar dari surah al-Fatihah.


"Selama ini, al-Fatihah gelap bagi saya. Saya tak mengerti sedikitpun maknanya. Tetapi, sejak hari ini ia menjadi terang-benderang sampai kepada makna tersiratnya," katanya.


Ujar Fadhila, kebanyakan penganut Islam di Indonesia pada waktu itu membaca al-Quran tanpa mengetahui maksudnya.


Difahamkan, Kyai Soleh yang berasal dari Darat, Semarang, Jawa Tengah secara senyap-senyap mentafsir kitab suci itu ke dalam bahasa Jawa yang diberi nama Kitab Faidhur-Rohman.


Kitab tersebut kemudiannya dihadiahkan kepada Kartini sebagai hadiah perkahwinannya dengan R.M. Joyodiningrat.


Kartini yang teruja dengan hadiah itu sering mengungkap perkataan 'Dari gelap menuju cahaya' dalam surat-surat kiriman kepada teman-temannya di Eropah dalam bahasa Belanda.


Kalimah itu diambil Kartini yang lahir pada 21 April 1879 daripada tafsir ayat 257 sural al-Baqarah yang bermaksud :


"Orang-orang beriman dibimbing Allah dari gelap menuju cahaya."






Kredit : goodreads.com





Ayat 'Dari gelap menuju cahaya'  atau 'Door Duisternis Toot Licht' dalam bahasa Belanda berkenaan kemudian diterjemah sebagai 'Habis Gelap Terbitlah Terang' yang menjadi judul kepada buku kumpulan surat-menyuratnya.


Buku tersebut diterbitkan Menteri Kebudayaan, Agama, dan Kerajinan Hindia Belanda, J.H. Abendanon pada 1911 iaitu tujuh tahun selepas kematian Kartini tidak lama setelah melahirkan anak lelakinya pada usia 25 tahun.


Kumpulan surat-surat Kartini telah diulang cetak dan diterjemah dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Jawa, Sunda telah membangkitkan semangat anti penjajahan terutama dalam kalangan wanita.


Pemerintah Indonesia kemudiannya menobatkan Kartini sebagai Pahlawan Nasional pada 1964 dan menetapkan 21 April sebagai Hari Kartini. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2020 08:19 AM | Show all posts
lagu saloma pun ada yaa

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt bagi info


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Singkatnya umo...

Raden Adjeng[1]Kartini(21 April 1879–17 September 1904)

Kartini's parents arranged her marriage to Joyodiningrat, the Regency Chief ofRembang, who already had three wives. She was married on 12 November 1903.

Kartini's only son was born on 13 September 1904. A few days later on 17 September 1904, Kartini died at the age of 25.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
indo kaki claim...saloma dulu kot yg nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok menarik hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.667332 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list