View: 1510|Reply: 18
|
11 Termasuk Pelajar Tahfiz Ditahan Tarawih Di Surau
[Copy link]
|
|
Polis menahan 11 lelaki kerana berkumpul untuk solat tarawih di sebuah surau di Beaufort, baru-baru ini.
Harian Metro melaporkan, kumpulan individu berusia antara 15 hingga 41 tahun yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu ditahan selepas perbuatan mereka di sebuah surau di Kampung Binsulok, Membakut, tular di aplikasi WhatsApp.
Gambar hiasan
Kredit foto: Carian Google
Kesemua suspek termasuk seorang pelajar tahfiz ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, ketika melaksanakan pemantauan PKP Op Covid-19, sekitar jam 3 petang.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menuju ke lokasi kejadian dan mencari semula semua individu yang terbabit seperti dalam gambar yang tular itu.
"Hasilnya menahan 11 individu daripada 14 orang jemaah yang solat Isyak dan Tarawih di surau berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak menerusi kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, semua suspek berdegil pergi solat berjemaah di surau dengan alasan kampung mereka masih zon hijau dan tidak ada yang positif Covid-19.
Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasab Jangkitan Tempatan) (No.4) 2020. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so yang ni guna imam import mana lak, imam Sulu ke imam tahfiz? tak pun imam Palestin. |
|
|
|
|
|
|
|
Degil betul orang orang ni. Esok datang balik covid 19 baru padan muka korang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh bersabar ke? Kat umah takleh solat berjemaah ke?
Kalau ada kes positif, kome nak kata apa pasni? |
|
|
|
|
|
|
|
kluster tarawih |
|
|
|
|
|
|
|
yg 11 ni kalau solat kat rumah x sah ke solatnye? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis kalau guna alasan ugama semuanya boleh. Blocking jalan waktu jumaat pon ok je walau menyusahkan ramai orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 1-5-2020 11:48 AM
Tak boleh bersabar ke? Kat umah takleh solat berjemaah ke?
Kalau ada kes positif, kome nak kata apa ...
Ujian Allah keatas hambanya... A...gitu la... |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
ok lu orang dah tangkap...
then berapa ramai dah yang kena covid dalam itu kampung sekarang?
please reveal
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat disurau, apa beza dgn bukak company, g supermarket ramai2, aku xtau la org lain. At least adalah kerahmatan disitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nor_aini.s replied at 1-5-2020 03:17 PM
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat dis ...
Depa solat jarak2 ke? Ke depa dah cek sorang2 termasuk org umah, sudah negatif?
Kalau ada yg positif tapi tiada gejala?
Itu sbbnya, zon ijo, tak bermakna tiada. Cuma belum diketahui je sbb tak sakit dan ke spital. Dan sbb itu la penjarakan sosial mcm biasa, etc sampai kkm dapat data selengkapnya utk istihar kita dah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
nor_aini.s replied at 1-5-2020 03:17 PM
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat dis ...
Itu yang selalu aku dok bertekak tu..Kalau daerah tu kosong jangkitan sejak awal lagi, longgarkanlah PKP.cuma kawal sempadan daerah je.takkan lah nak tungu satu negara hijau. |
|
|
|
|
|
|
|
lantaklah. itu je aku boleh cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
well...patuhilah arahan PKP, boleh buat jemaah kat rumah
biaq tok bilal azan and imam je fx
aduhaiii
ini baru PKP
after 12th May ...zon zon bukan hijau ...kita belum tentu lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
isnin ni ramai mula keje, tengok pulak kluster back to work, kluster shopping mall..
masa tu masing-masing nak memekak lagi tak kluster surau kluster jemaah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|