Kecoh di media sosial mengenai inisiatif moratorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan pada 25 Mac lalu.
Pengguna maya menggunakan tanda pagar #BankerJagaBanker bagi menyatakan bantahan terhadap perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.
Laporan menyebut perubahan itu menyebabkan peminjam yang mengambil moratorium perlu membayar faedah tambahan.
Lantas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd kini menjadi sasaran serangan pengguna maya.
Adakah ia agenda politik?
Kredit foto: Twitter #bankerjagabanker
Kenyataan BNM pada 30 April yang menyatakan bahawa pihaknya telah memformalkan perjanjian syarat pembayaran yang disemak semula dengan peminjam atau pelanggan dengan pinjaman sewa beli (Hire Purchase) dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap untuk memberi kesan kepada moratorium enam bulan terhadap pembayaran pinjaman atau pembiayaan.
Ia hanyalah bagi memenuhi syarat prosedur yang tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan Syariah untuk setiap perubahan yang dibuat pada syarat perjanjian ini, termasuk perubahan pada jadual pembayaran atau jumlah bayaran bulanan akibat moratorium ini.
Usai kekecohan tersebut, ada pihak yang menyatakan perubahan terbaru prosedur untuk mendapatkan moratorium pinjaman selama enam bulan bagi perjanjian sewa beli nampaknya berlaku disebabkan oleh kealpaan Bank Negara.
BNM, semalam bagaimanapun menafikan telah membatalkan keputusan mengenai penangguhan pembayaran enam bulan untuk kedua-dua pinjaman tersebut.
Secara dasarnya, ia tidak mengubah apa-apa kenyataan yang dibuat oleh BNM mengenai inisiatif moratorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
Malah, BNM pada bulan Mac lagi telah menyatakan bahawa moratorium ini hanyalah penangguhan bayaran bulanan, bukan penangguhan faedah ke atas pinjaman.
Kredit foto: Instagram Bank Negara Malaysia
Mungkin ramai yang keliru dan cuba dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu. - CARI
|