View: 4128|Reply: 33
|
China Harap Malaysia Perkenal Ubat Tradisional Untuk Rawat Covid-19
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Foto: Carian Google
Menurut pakar perubatan dari China, vaksin bagi COVID-19 dijangka dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahu depan, sekiranya proses penyediaannya berjalan lancar, lapor BERNAMA.
"Ketika ini, seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
"Bagaimanapun, memandangkan permintaannya amat tinggi, boleh dikatakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit tahun depan," katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif bersama media di Pejabat Kedutaan China.
Foto: The Star Online
Doktor dan penyelidik pasca kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China, Sun Jiufeng berkata, republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza yang masih di peringkat percubaan klinikal dan dijangka siap pada Mei atau Jun nanti.
Turut hadir dalam sesi temuramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pasca siswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun yang berkata, ketika ini banyak perbahasan timbul mengenai rawatan alternatif untuk COVID-19.
Walaupun tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya, ubat tradisional China dikatakan banyak digunakan bagi merawat pesakit wabak maut itu di republik berkenaan dan telah dibuktikan agak berkesan.
"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk manfaat pesakit.
"Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan, jadi kami mengunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan," katanya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
vaksin ke intravenous vit.c |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pening dan serba salah semua doc2 di malaysia bila ada cadangan begini.
Dahlah tak ada dalam silibus, kena cuba pula masa emergency, meraba-raba pula nak buat konklusi pasal keberkesanan, kesan sampingan dan bahaya.. Kalau ada guidance mungkin ramai doc yg berfikiran terbuka untuk cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2020 12:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ubat tradisional China nih Ada ujian klinikal ke. Yg Hari Tu ikan Singgang pun kena kecam, tak dak ujian klinikal katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti si rapidah, si imelda meroyan dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown? |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk merawat tak pasti ia berkesan atau tidak tapi untuk membantu dalam meningkatkan daya tahan badan mungkin boleh macam ambil suppliment vitamin |
|
|
|
|
|
|
|
Yg 98.4% tu tak mkn ubat pun baik tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
ala cadangan pun, klu gitu baik panggil tabib sensei malaysia je. x pyh panggil china dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Er... Bak kata doktor2 instafemes, tak ada bukti klinikal |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 3-5-2020 01:08 PM
Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?
Singseh dgn tabib buasir kot...... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tu anak murid raja bomoh malaya cawangan tanah besar china ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Bior betik?
"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk manfaat pesakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ubat moden pun depa..ubat tradisional pun depa..sebenaqnya takyah cuba2..depa mmg dah ada ubat..saja nak drag tu |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis: Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?
Kedai tabib jual akar kacip vokuru |
|
|
|
|
|
|
|
i dah ada ubat. ubat dia air kelapa. minum air kelapa dapat menjauhkan corvid ( insyallah )
i agak je. pasal air kelapa menurunkan suhu badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 3-5-2020 09:11 PM
i dah ada ubat. ubat dia air kelapa. minum air kelapa dapat menjauhkan corvid ( insyallah )
i aga ...
Mkn panadol pun boleh turunkan demam...
Tapi virus masih bergentayangan.
Org yg ada imuniti tu ok la. Patut interviu minah cainis kayangan itali yg jangkit dan bunuh satu kuarga kat sarawak tu, dgn mamat tabligh yg kayangan korea tu. Apa yg depa buat? Sbb muda? Kuat? Mkn suplimen? |
|
|
|
|
|
|
|
Air kelapa kalau minum jangan campur ais jangan campur gula. minum mentah. isi makan sekali. Sepanjang hari kenyang. sometimes bila kita sakit kena balik ke basic asal kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 3-5-2020 09:20 PM
Air kelapa kalau minum jangan campur ais jangan campur gula. minum mentah. isi makan sekali. Sepan ...
Kaka, iols dok kat bandar la. Takde nyiok.
Tunggu gerai jalanan bukak 12 mei ye. Iols boleh beli air nyiok masa tu. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kat malaysia pun ada rawatan alternatif. Boleh.cuba |
|
|
|
|
|
|
| |
|