Mungkin terlalu bosan akibat agak lama terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pengguna Facebook mencabar netizen untuk meninggalkan sejuta komen pada postingnya.
Habuannya? Beliau berkata, akan menggunting rambut dengan gaya botak di tengah seperti pulau sekiranya berjaya meraih jumlah komen itu.
Kredit foto: Facebook Mohammad Rafiezulanwar Jaffri
Mohammad Rafiezulanwar Jaffri bagaimanapun pada mulanya beranggapan mustahil untuk hantaran itu meraih sehingga sejuta komen kerana merasakan tiada sesiapa akan melayannya.
Sangkaannya meleset apabila sasaran sejuta komen itu tercapai dan netizen meminta beliau mengotakan janjinya.
Kredit foto: Facebook Mohammad Rafiezulanwar Jaffri
Ternyata, rakyat Malaysia memang sukakan cabaran sebegini dan Rafiezulanwar ketika dihubungi Harian Metro berkata, beliau mengakui kini serik dan tidak terfikir membuat hantaran seperti itu lagi kelak.
Bagus dik, lain kali buatlah cabaran yang berfaedah sikit. - CARI |