Penutupan syarikat penerbitan Blu Inc yang menghasilkan majalah ikonik fesyen sejak 2004 mengejutkan ramai pihak.
Sementelah lagi bagi selebriti yang pernah bekerjasama dengan majalah Glam dan EH!, ianya begitu terkesan di hati mereka. Manakan tidak, sebelum ledakan media sosial, majalah sebeginilah yang menjadi tatapan generasi ketika itu.
Dan setiap artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah (cover) gah ini diakui sebagai pelaris. Populariti mereka juga bukan calang-calang kerana 'covergirl' bukan sekadar perlu cantik, tetapi ada cerita yang boleh dijaja.
Oleh itu, penulis telah melayari laman Instagram beberapa artis dan meletakkan nombor pada hasil karya penghias muka depan ini. Ia dinilai berdasarkan tatarias, konsep 'cover' dan juga impak mereka terhadap industri itu sendiri. Jom kita mulakan.
No.13 - Nampak 'simple' dengan hanya tajuk mengenai Vivy sahaja, tetapi agak menampakkan leher Vivy yang panjang - IG
NO.12 - Siapa kata generasi majalah tidak berani bergaya? Buktinya, Nabila Huda & Sazzy Falak digayakan dengan rambut mengerbang tapi memang sangat menarik - IG
No.11 - Menjelang era milinium, Sarimah Ibrahim kelihatan sangat jelita untuk 'cover' Eh! - IG
No.10 - Ianya memang Yuna, gaya Indie yang sangat ikonik - IG
No.9 - Antara artis berhijab yang sentiasa menjadi pilihan sebagai 'covergirl', banyak bermain dengan reaksi wajah kerana saiz Elfira yang kecil molek - IG
No.8 - Memang untuk Diana Danielle tidak perlu berlebihan gaya kerana dia sememangnya sudah cantik - IG
No.7 - Sesuai dengan taraf sosialite, gaya bersama jenama mewah ini sangat dekat dengan Marion Caunter - IG
No.6 Dari ikal mengurai hingga ke hijabi, Neelofa juga antara pelaris muka depan majalah - IG
No.5 - Cover ini juga memaknakan 'multitask' Fazura sebagai anak seni. Jadi bukan calang-calang artis untuk konsep sebegini ya - IG
No.4 - Sebenarnya ada banyak cover Nora Danish, tapi yang ini menampilkan auranya sebagai wanita elegan, ala-ala seniwati - IG
No.3 - Tiada siapa mampu menyangkal gaya peragawati Scha Al-Yahya yang menghidupkan pelbagai watak dan hanya supermodel yang boleh membuat mimik sebegitu di cover tanpa orang membenci ya - IG
No.2 - Kelebihan Zahirah Mac Wilson ialah pakej jelita dan tinggi ala supermodelnya. Jadi, setiap covernya memang terletak cantik sama ada solo ataupun berkumpulan
no.1 - cover paling meletup kerana Fasha Sandha yang nampak sangat 'outstanding', malahan seiras JLo, kata peminatnya.
Sebenarnya, ada lagi beberapa selebriti yang hasil karyanya sangat menarik dan 'high fashion' tetapi tidak diletakkan di Instagram mereka seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Lisa Surihani dan lain-lain. Apapun, selepas ketiadaan majalah sebegini, akan ada lagikah hasil karya 'high fashion' untuk kita tatap lagi selepas ini? - CARI
|