Tak tercapai dek akal apa bila mengenangkan kisah keluarga ini yang tinggal di dalam sebuah rumah tinggal dan kotor.
Sukarelawan, Puan Natipah Abu berkongsi kisah keluarga yang dibantunya itu, baru-baru ini.
Menurutnya kes ini dipanjangkan kepadanya oleh jiran tetangga untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat mereka sekeluarga yang terdiri daripada tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu
Difahamkan, mereka tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat dengan keadaan yang serba-serbi kurang sempurna sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.
Tingkat satu penuh dengan barang lusuh.
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu - Tingkat 1
Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka, di situlah mereka makan dan tidur.
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu - Tingkat 2, Ruang tamu
Tingkat tiga, jalan naik ke atas dihalang dengan barang buangan. Maka, kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.
Menurut Puan Natipah yang mesra dipanggil Kak Pah, ketua keluarga mempunyai dua isteri, di mana isteri muda sedang hamil tujuh bulan anak kedua.
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu - Bilik Isteri Muda
Dua kanak-kanak yang tinggal bersama ialah anak daripada isteri pertama dan kedua, masing-masing berusia sembilan tahun dan dua tahun.
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu
Hasil semakan rekod mendapati isteri muda ada tunggakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Kak Pah, beliau pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah politeknik, namun terkandas di pertengahan jalan kerana cinta. Bukan calang-calang orang rupanya dia.
Proses perpindahan ke rumah baru, rumah flat PPRT ini dibuat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu
Kredit foto: Facebook Puan Natipah Abu
Pihak JKM, LZNK bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anak yang masih kecil.
Pada akhir perkongsian, Kak Pah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang yang terbabit merealisasikan perpindahan ini.
Namun, tinjauan mendapati, hantaran asal mengenai proses perpindahan ini telah dipadamkan.
Apapun, diharapkan segala urusan keluarga ini dipermudahkan. - CARI |