Memilih untuk berdiam diri, bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain hanya meluahkan perasaan di laman Instagramnnya ekoran pendedahan Dr Erin bahawa dirinya sudah diceraikan pada April lalu.
Kredit foto: Mstar online
Kecoh seketika apabila Dr Erin mendedahkan bahawa penceraian antara dirinya dan Da'i Farhan terjadi kerana bekas isteri (Fatin) tidak redha dengan perkahwinan mereka dan berkomplot untuk menceraikan pasangan terbabit.
Kredit foto: Ohbulan
Menurut hantaran Dr Erin di IGnya, penceraian tersebut adalah permintaan daripada dirinya sendiri kerana penat dengan episod rumah tangga yang tak berkesudahan antara dirinya, bekas suami dan bekas isteri Da'i Farhan.
Walaupun terdapat pertuduhan berat dilemparkan kepada Fatin, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen, meskipun netizen sudah mula bercakap dan menimbulkan spekulasi sendiri.
"Semoga Allah kekalkan hati saya untuk sentiasa memaafkan mereka yang masih tidak mahu bertaubat dari memfitnah saya, walid kepada anak-anak saya dan keluarga serta Allah kurniakan hidayah buat mereka," akhirinya dalam posting tersebut dengna tanda pagar
#diamitulebihbaik
Kredit foto: Astro Gempak/IG
Luahan Fatin tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan Fatin untuk berdiam diri.
Menurut Astro Gempak, sehingga kini masih belum muncul kenyataan daripada Da'i Farhan mengenai isu ini. -
CARI