Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian pastinya tertanya – tanya maksud status “PERMOHONAN DALAM PROSES” setelah membuat permohonan baharu. Sebaik sahaja anda membuat permohonan baharu dan status permohonan adalah “PERMOHONAN DALAM PROSES” bermaksud permohonan anda telah
diterima di dalam sistem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang diproses mengikut turutan giliran. Ini bermakna anda telah berjaya membuat permohonan dan tidak perlu lagi membuat penghantaran permohonan. Menurut sumber , bayaran untuk permohonan baru akan keluar pada 15 Mei.
Bagi yang membuat rayuan permohonan juga akan menerima status yang sama sebaik sahaja membuat rayuan. Status permohonan akan bertukar dari masa ke semasa bergantung kepada proses yang telah dilaksanakan oleh pihak urusetia.
Bagi yang membuat rayuan permohonan juga akan menerima status yang sama sebaik sahaja membuat rayuan. Status permohonan akan bertukar dari masa ke semasa bergantung kepada proses yang telah dilaksanakan oleh pihak urusetia.
Maklumat Lanjut
Anda boleh mengutarakan sebarang pertanyaan berkaitan BPN dengan menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian berikut:
Kementerian Kewangan di talian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191/ 03-8882 4565 / 03-8882 4566
LHDNM di talian 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Talian boleh dihubungi mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Ahad hingga Jumaat
jalfa replied at 7-5-2020 04:12 PM
Iols dapat rm1000... Tapi bayaran ke dua tidak lulus sebab ada syarikat.. Dia suruh apply geran khas ...
ooic.. try la apply geran tu.. iols pun sama. cuma iols rasa complicated juge nak isi form utk geran tu.. byk bende dia minta.. kalo ade no incometax.. and bape estimate income utk tahun lepas atau tahun sebelumnya.. stand by le sesiap sebelum isi.. dah le company secretary yg buat last year.. iols pening memula.. siap sistem jammed.. iols terai balik sehari lepas tu guna desktop version baru ok.. bole submit.. soo iols tunggu je la jun ni.. kalo dpt bole la.. buat bayo sewa office and top up cash flow.. dah perit ni...
better buat cepat.. dateline sampai 15 mei je tauu