Kementerian Kesihatan (KKM) kini melaksanakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah terutamanya kediaman yang berada dalam zon merah.
Ia termasuk pekerja dan warga asing di negara ini, di mana mereka diwajibkan untuk melakukan ujian saringan tersebut bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan virus berkenaan.
Rasa nak marah pun ada apabila melihat perkongsian seorang pengguna Twitter yang berkongsi video memaparkan kedegilan warga asing yang enggan melakukan ujian saringan COVID-19.
Menurut @nzainurrasyiffa, difahamkan selepas berlari-lari antara blok, warga asing tersebut kemudiannya lari ke rumahnya sebelum bertindak mengunci pintu pagar sehingga frontliners terpaksa mengarahnya untuk membuka pagar tersebut.
Selepas memberi penjelasan, warga asing itu akhirnya keluar dari rumah sambil memakai baju dan topeng muka. Warga asing itu turut dimarahi salah seorang petugas kesihatan yang penat mengejarnya. Dah la bulan puasa kan.
Khabarnya, kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah flat yang dikenakan PKPD. Lebih perit, petugas itu terpaksa mengejar sehingga ke tingkat empat semata-mata untuk menyuruh warga asing terbabit membuat ujian saringan sahaja. Menyusahkan betul!
Perkongsian ini turut mengundang kemarahan warga maya terhadap warga asing itu.
Kredit Foto - Twitter @nzainurrasyiffa
Mencabar betul jadi frontliners COVID-19 ni, apatah lagi terpaksa bertugas dalam keadaan lapar dan dahaga pula. - CARI |