Tak tahu bersyukur! Demikian perkongsian seorang warga Facebook mengenai sikap individu khabarnya dari kluster kayangan yang menghuni salah sebuah bilik dipercayai di Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak semasa tempoh kuarantin wabak COVID-19.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
"Astaghfirullahalazim. Sikap segelintir orang kita, tempat kuarantin bukan main, dahlah percuma. Lepas dua minggu jadi macam ni bilik ni. Siapa entah yang duduk bilik ni. Pengotor dan tak bersyukur mengalahkan beruk.
"Aduhai, kalaulah dia ini orang Sarawak, memalukan Sarawak je. Sebab orang Sarawak memang kita tahu pembersih dan tak kurang sopannya. Kalau anak muda, jeng, jeng, jeng.
"Kalau nak diikutkan, yang dikuarantin sekarang kebanyakan student IPT, dia orang ni bakal mewarisi peninggalan masa depan ni," tulisnya.
Gambar keadaan bilik yang kotor dan tidak terurus itu menjadi tular di media sosial, akhir-akhir ini.
Kredit Foto - Ihsan Pembaca Facebook via Ohbulan
Warga maya turut mengecam sikap penghuni terbabit yang dilihat seperti orang tidak bertamadun.
Kredit Foto - Ihsan Pembaca Facebook via Ohbulan
Jika hendak dibandingkan, orang ramai dari negara lain dikuarantin dalam hutan, rumah yang ditinggalkan malah ada juga yang terpaksa tidur di atas katil yang dibuat dari kotak.
Warga negara kita lebih selesa kerana ditempatkan di hotel-hotel terkemuka negara. Sikitpun mereka ini tidak menghargai usaha dan pengorbanan yang dilakukan kerajaan terhadap diri mereka.
Apa nak jadi? - CARI |