Santuni binatang amalan mulia yang dituntut dalam apa jua anutan agama. Namun, yang sebaliknya kerap berlaku akhir ini-ini, di mana ada setengah golongan suka menyeksa haiwan liar mahupun peliharaan.
Baru-baru ini, seperti yang dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia, seorang wanita berkongsi cara bagaimana untuk membunuh anjing. Kegilaan apakah ini?
Kredit foto: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
Menjengah ruang komen, netizen tidak berpuas hati dengan perkongsian itu.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Apa jua alasan wanita ini, mempromosi kekejaman terhadap haiwan bukanlah suatu perkara yang boleh dicontohi.
Jika ada perasaan tidak puas hati kepada haiwan peliharaan jiran, berbincanglah dengan tuannya. Jika ada masalah dengan haiwan liar, maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan, biar mereka menguruskannya.
Jangan buat tindakan sendiri. - CARI
|