Kredit foto: Facebook Malaysia Government Call Centre
Ramai terkejut apabila permohonan
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mereka kemukakan untuk membantu meringankan beban kewangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak diluluskan kerajaan.
Walhal, dari segi kelayakan, mereka sebenarnya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Kredit foto: Facebook
Mungkin sebahagian besar pemohon tidak sedar bahawa
kerajaan telah membuat pindaan dari segi kriteria kelayakan bagi pembayaran BPN fasa kedua.
Berdasarkan
Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Fasa Kedua BPN yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3 Mei lalu, ada empat sebab utama mengapa permohonan ditolak.
Kredit foto:
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Namun, ramai netizen mengeluh kerana kerajaan tidak menguar-uarkan tentang pindaan syarat tersebut secara meluas.
Malah, sebahagian daripada mereka hairan mengapa permohonan ditolak sedangkan mereka sudah lama menganggur selepas diberhentikan kerja.
Ada juga yang kecewa kerana mereka diberikan alasan pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan sedangkan pendapatan dalam kategori B40 atau M40.
Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan mempertimbangkan semula permohonan yang ditolak supaya rakyat benar-benar layak menerima BPN tidak dicicirkan.
Kredit foto: Facebook
Isu yang dibangkitkan rakyat tersebut turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mujurlah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pemohon yang gagal dibenarkan membuat rayuan sehingga 31 Mei. -
CARI