Pelakon cantik manis, Sharifah Sofia meluahkan rasa kecewanya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilaporkan gagal.
Kredit foto: IG
Dia yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman Twitter itu berasa kecewa kerana situasinya kini yang bergelar ibu tunggal dan hanya bergaji minimum tidak mendapat bantuan sewajarnya.
Malah, Sofia juga mendakwa dirinya tidak mendapat nafkah selama ini.
"I am not happy! I'm a divorced mother raising 2 children, on minimum wage and gets no nafkah. and tak layak.. thanks @LHDNMofficial" ciapnya.
Kredit foto: Sharifah Sofia
Sofia juga berkongsi mengenai permohonanya itu yang ditolak atas alasan mempunyai duplikasi permohonan. Pihak kerajaan baru-baru ini, melaporkan terdapat hampir 1.2 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN telah diluluskan berjumlah hampir RM1.7 billion.
Kredit foto: Twitter Sharifah Sofia
Sharifah Sofia telah bergelar ibu tunggal selepas pendedahannya mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Syed Ismail Syed Ibrahim telah berakhir. Dia dan bekas suami telah sepakat untuk menjaga anak-anak mereka tanpa sebarang masalah.
Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera. - CARI