Kecoh seketika apabila seorang anak kecil bernama Che Naura Auni telah mencuri perhatian netizen kerana wajahnya mirip dengan artis popular Neelofa.
Namun, gaya dan penampilan kanak-kanak itu yang lebih dikenali sebagai adik Naura dlihat semakin ke arah dewasa menyebabkan ramai warga maya kurang selesa.
Kredit foto: mStar Online
Menerusi laman twitter, seorang pengguna telah berkongsi wajah terbaru adik Naura, 6, yang menggayakan baju kurung moden, bertudung lengkap dengan solekan.
Mengikuti komen posting berkenaan, ramai netizen menganggap ibu bapa adik Naura ini terlalu 'menjual' anak kepada tontonan umum.
Netizen juga meluahkan rasa kesal kerana si cilik itu baru sahaja mencecah usia 6 tahun dan telah terlepas menikmati usia kanak-kanaknya.
Kredit foto: Twitter
Wajah yang tidak lekang dengan solekan serta mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan umurnya itu nampaknya telah menjadi buah mulut netizen.
Antara komen yang dilemparkan adalah ibu bapa si kecil itu terlalu mengejar populariti dan Naura telah menjadi mangsa seperti patung sehingga dihias sedemikian rupa.
Kredit foto: Instagram Nauraboniey
"Kecil-kecil dah tak menyempat nak main dah nak jadi Neelofa," luah seorang netizen.
Fenomena adik Naura ini mula tercetus apabila telah dijemput ke program meleTOP kerana mempunyai wajah seiras Neelofa.
Apa pendapat anda? - CARI