Ayat memikat, mengayat atau pickup line menjadi trending sejak digunakan ahli kumpulan lawak tanah air termasuk negara jiran kita dalam satu rancangan realiti lawak suatu ketika dahulu.
Penggunaannya kini makin meluas bukan sahaja sering menjadi bahan tawa, malah sinonim dengan salah satu kaedah memikat hati seseorang termasuk ahli keluarga kita.
Terbaharu, tindakan seorang pemuda memberi pickup line kepada ibunya telah mengundang rasa sebak dan terharu orang ramai.
Menerusi video dimuat naik di laman sosial, kelihatan pemuda tersebut memberi pickup line kepada ibunya dengan membuat perbandingan wanita itu dengan kenderaan.
"Apa beza emak dengan kereta?
"Kereta boleh bawa kita jalan-jalan, tapi emak boleh bawa kita ke syurga," katanya.
Sebaik mendengar pickup line diberikan lelaki tersebut, wanita itu kelihatan tersenyum, sekali gus mengundang rasa sebak di kalangan netizen.
Kredit Foto - Twitter
Ternyata, perkongsian yang pada mulanya dimuat naik untuk menghiburkan orang ramai mengundang rasa sayu netizen pula.
Walau di mana saja ibu bapa anda berada, titipkanlah doa buat mereka ya. - CARI
|