View: 1593|Reply: 7
|
Can You Save The World? Game Covid-19 Didik Anak Kepentingan Jarak Sosial
[Copy link]
|
|
Sebuah permainan komputer bertujuan membantu kanak-kanak memahami kepentingan penjarakan sosial ketika musim Covid-19 telah dilancarkan oleh seorang profesor di sebuah universiti di United Kingdom.
Kredit foto: Daily Mail
Memetik Daily Mail, permainan ‘Can You Save the World?’ dibangunkan dengan hasil kerjasama profesor psikologi dari Universiti Hertfordshire.
Difahamkan, lebih 10,000 pemain sudah menggunakan permainan itu hanya dalam masa dua hari sejak ia dilancarkan.
Kredit foto: Daily Mail
Permainan itu memerlukan pemain berjalan melalui bandar maya dan ditugaskan tuk mengumpul peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan, dalam masa sama mematuhi penjarakan sosial untuk menyelamatkan nyawa ramai.
Kredit foto: Daily Mail
Permainan bersifat pendidikan itu dilancarkan pada Jumaat lepas itu diharap dapat mempengaruhi tingkah laku sosial orang ramai di dunia nyata terutama ketika memerangi pandemik Covid-19.
Kredit foto: Daily Mail
Menurut Professor Richard Wiseman, dia mendapat inspirasi membangunkan permainan tersebut selepas melihat kesukaran orang ramai menjaga jarak sosial ketika berada di luar.
Wiseman kemudian memaklumkan ideanya itu kepada pereka permainan Perancis, Martin Jacob sebelum mereka merealisasikan permainan itu hanya dalam masa dua minggu.
Mereka juga bercadang untuk mengembangkan aplikasi permainan itu untuk peranti Android dan iOS. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana link dia yg web based game? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.. ala2 animal crossing. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga permainan ini dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang pentingnya penjarakan sosial |
|
|
|
|
|
|
| |
|