Gambar Sekadar Hiasan. Kredit : Astro Gempak
Ramai yang menganggap perempuan garang dan perwatakan kasar agak menakutkan dan tidak digemari oleh sesetengah orang.
Namun, tahukah anda yang tak semua lelaki suka wanita sopan dan lemah lembut?
Ini kerana sesetengah lelaki menganggap memiliki isteri ataupun wanita yang mempunyai perwatakan kasar dan garang ini ada kelebihan serta ada keistimewaan yang tersendiri.
Nak tahu kenapa mereka yang garang ini lebih digemari oleh lelaki? Ini 5 sebab yang perlu anda tahu.
Gambar Sekadar Hiasan
1. Pelindung terbaik anda dan keluarga
Masa kita masih budak-budak dulu, semestinya kita mempunyai emak yang garang. Sama juga jika kita dapat pasangan yang garang, mereka ini jenis yang sangat mengambil berat dan melindungi kita setiap masa. Jadi anda tidak perlu takut jika ada orang sekeliling yang ingin mengancam anda.
2. Penasihat terbaik pasangan
Mungkin sudah menjadi sikap kecil lelaki yang tidak akan terlepas daripada melakukan perkara yang bukan-bukan. Jadi jika anda mempunyai pasangan yang garang, sebaik-baiknya anda elakkan diri daripada melakukan perkara yang bodoh sebelum anda terkena penangan pasangan anda.
3. Lebih berdikari
Wanita yang memiliki sikap yang garang ini, jangan sesekali anda merasakan mereka seorang yang lemah. Mereka juga dapat melakukan sesuatu perkara tanpa meminta sedikitpun bantuan daripada lelaki. Mereka juga tergolong dalam orang jenis yang sangat berdikari. Sudah pasti sesebuah perhubungan itu tidak akan mendapat sebarang masalah.
4. Pandai dalam menyelesaikan masalah
Wanita yang garang juga mempunyai satu lagi kelebihan iaitu mereka lebih bijak dalam merancang sesuatu perkara. Wanita jenis ini tidak suka membazirkan masa dan kehidupan seharian lelaki lebih mudah dan teratur.
5. Lebih gemar melakukan kerja tanpa menyusahkan orang lain
Oleh itu janganlah anda sesekali mengeluh dan rasa menyesal jika memiliki pasangan yang mempunyai sikap garang. Sebaliknya anda adalah orang yang paling bertuah mempunyai pasangan hidup seperti mereka. Jadi hargailah mereka seadanya.
Sekarang sudah jelas bukan, jika anda seorang wanita yang berperwatakan kasar dan garang jangan pernah rasa "down" kerana pasti ramai lelaki diluar sana sedang mencari anda untuk dijadikan pasangan hidup. - CARI
|