Kalau anda gemar dan mempunyai hobi memasak, pasti mengalami masalah kuali berkerak hitam akibat jelaga terkumpul setelah sekian lama semakin menebal.
Gambar hiasan.
Kredit foto: Mingguan Wanita
Sudah pasti anda runsing memikirkan bagaimana untuk menghilangkannya walaupun setelah disental banyak kali, namun masih juga tidak berhasil.
Kini, kepada anda yang tidak tahu atau tidak percaya dengan kaedah mencuci ini tidak perlu runsing lagi kerana cara ini terbukti mampu membersihkan kuali tersebut seperti dikongsikan seorang pengguna Facebook, Kila Aurora yang hanya menggunakan dua bahan sahaja bagi menghilangkan kerak hitam di belakang kuali anda.
Jom cuba!
Kredit foto: Kila Aurora
Hanya perlu buah lemon dan baking soda
Rendam selama 2 jam sebelum kikis pakai pisau
Nah, hasilnya!
Kredit foto: FB Kila Aurora
Hanya perlu dua bahan dan sedikit kerahan tenaga, kini kuali 'lejen' anda kembali cantik seperti baru. Selamat mencuba! - CARI
|