Raya makin menjelang tiba, namun tahun ini sambutan hari lebaran bakal dilalui dengan kelainan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini berikutan jumlah kes aktif wabak pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan.
Sudah pasti mereka yang cakna akan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak maut ini.
Turut mengambil inisiatif sama, pelakon Rita Rudiani menerusi Instagram memaklumkan bahawa dia tidak akan menerima sebarang kunjungan tetamu ke kediamannya pada hari raya tahun ini.
"Maaf, tahun ni sistur tak buat open house!! Tolong!! Jangan mai umah sistur!" tulisnya.
Walaupun hanya beraya di rumah, Rita tetap berpakaian baru bersama anak-anak tercinta.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang hanya membenarkan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini hanya dihadkan kepada hari pertama perayaan sahaja. - CARI