Emma Maembong mengakui dia sebenarnya tidak gemar keluar semata-mata untuk membeli-belah terutamanya pakaian.
Sama seperti kebanyakan rakyat, dia rupa-rupanya lebih selesa membeli-belah secara dalam talian sahaja.
Kredit foto: Astro Gempak/IG
"Sebenarnya, saya ni paling tak suka 'shopping', lagi-lagi bila kena pilih baju di kedai.
"Biasanya, memang selalu online shopping sahaja. Tapi, orang kata sekali-sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung di kedai. Barulah ada pengalaman berbeza," ujarnya lagi.
Emma membuat pengakuan tersebut melalui program realiti The House musim pertama dalam episod 9 yang telah ditayangkan pada 2016.
Program realiti tersebut telah memaparkan kehidupan tiga beradik Maembong yang popular iaitu Emma, Chacha dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.
Kredit foto: Astro Gempak
Rancangan terbitan Astro itu akan ditayangkan semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari semua musim untuk mengisi masa lapang para penonton yang berada di rumah.
Untunglah ada duit tapi tak gemar ber'shopping'. Boleh berjimat cermat! - CARI
|