Kejadian dalam video tular yang menunjukkan penghantar makanan wanita ditendang seorang lelaki di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa kini dalam siasatan polis.
Jangan Buat Komen Provokasi - Polis Siasat Kes Penghantar Makanan Ditendang
Memetik AWANI, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kedua-dua pihak dipanggil untuk dirakamkan keterangan.
"Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, tular video menunjukkan seorang penghantar makanan wanita ditendang beberapa kali oleh lelaki terbabit.
Menurut Sinar Harian, berikutan kejadian beberapa penghantar makanan berkumpul untuk menunjukkan tanda protes di hadapan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI |