Walaupun Syawal tahun ini tidak dapat berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan peminat seperti tahun sudah, Aiman Tino tidak menghalang jika ada saudara-maranya yang tinggal berdekatan mahu berkunjung.
Kredit foto: IG Aiman Tino
"Semua dah boleh bayangkan raya tahun ini sangat berbeza dan berlainan, kita akan duduk rumah sahaja tak boleh nak kemana-mana.
"Ada saudara-mara yang tinggal berdekatan sahaja. Kalau mereka nak datang rumah boleh, tapi haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, antaranya maksimum 20 orang dalam satu masa.
"Tidak apalah jika tahun ini kita berkorban kemeriahan raya demi keselamatan dan kesihatan semua orang. InsyaAllah, kita doakan semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Aiman mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada keluarga dan peminatnya.
"Saya juga nak ucapkan selamat hari raya kepada semua peminat, keluarga dan saudara-mara yang tak dapat bertemu Aidilfitri ini. Saya minta maaf jika ada salah silap dan selamat hari raya, ya!" ujarnya. - CARI
|