Walaupun raya tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, segelintir wanita sanggup berhabisan wang ringgit untuk meraikan Syawal.
Selain kelengkapan rumah dan juadah Aidilfitri, kecantikan paras rupa tetap diutamakan. Lebih dasyat, ada yang sanggup merubah wajah semata-mata untuk tampil cantik.
Yang menjadi masalahnya, mereka mahu jelita tetapi berjumpa dengan 'pakar' yang salah.
Tak takut kesan jangka masa panjang ke?
Kredit foto: Twitter
Menurut Fiy, rawatan seperti ini banyak diiklankan di media sosial terutamanya Instagram membuatkan segelintir wanita mahu mencubanya untuk cantik.
Nampaknya, krim kecantikan tidak lagi mencukupi kerana ada yang rela ditusuk jarum dan benang di wajah. Malah, ada juga pembedahan bagi membesarkan payudara!
Kredit foto: Twitter
Walaupun ianya kelihatan agak pelik, namun dengan tanpa segan silunya golongan ini memaparkan 'keindahan' payudara yang telah diubahsuai. Bagi mereka, bentuk bulat dan tegang itu cantik.
Kredit foto : Twitter
Bagi warganet, wanita yang sanggup membuat pembedahan ini hanya memikirkan keseronokan sekarang, tetapi tidak memikirkan mengenai kesannya di masa hadapan.
Aduhai, sayangnya merisikokan diri sendiri dengan pelbagai penyakit serta menyekat kebebasan seperti orang normal.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Mengapa ada wanita yang sanggup melakukan perkara sebegini? Adakah kerana mahu sentiasa dipandang cantik oleh lelaki atau memang sengaja mencari nahas? - CARI
|