Bukan saja mempengaruhi orang ramai dengan menyebarkan pelbagai info terpesong mereka, malah golongan antivaksin kini lantang menghina frontliners kita yang banyak berkorban ketika memerangi pandemik Covid-19.
Terbaru, banyak pula 'benang basah yang cuba mereka tegakkan'.
Dari kebaikan vitamin C untuk menguatkan daya tahan sistem imun hinggalah menentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan larangan pulang beraya di kampung.
Menerusi perkongsian Dr Sakinah Sulong di Facebook, golongan anti-vax ini bertindak keterlaluan dengan fatwa terbaru mereka mendakwa kononnya wabak Covid-19 merupakan teori konspirasi yang dimulakan di Amerika Syarikat.
"Nanti akan ada vaksin yang diarahkan diberi kepada semua (masa tu, pastilah mereka akan membantah dan menolak vaksin)," luah Dr Sakinah.
Lebih menyakitkan hati, mereka menuduh pemakaian sut perlindungan diri (PPE) hanyalah lakonan semata-mata depan lensa kamera.
Sungguh, terlalu banyak dakwaan dan tuduhan tidak masuk akal disuarakan anti-vax!
Agak melucukan apabila sistem imun tubuh didakwa kononnya bergantung pada emosi seseorang.
Kredit foto:
Kredit foto:
Kalau gembira, imun tubuh seseorang akan jadi bagus, sekali gus menjadikan mereka 'kebal' terhadap risiko jangkitan wabak maut itu.
Kredit foto: FB Dr Sakinah
Apa kajian yang banyak sangat telah mereka lakukan itu sampai boleh jadi serba-serbi lebih hebat berbanding pakar perubatan sendiri? - CARI |