Seorang Profesor Imunologi di Universiti Oxford, Philip Goulder menjelaskan teorinya bahawa pandemik Covid-19 lebih 'menyukai' lelaki berbanding wanita kerana imuniti wanita terhadap virus lebih kuat.
"Tindak balas imunisasi seorang wanita terhadap vaksin dan jangkitan biasanya lebih agresif dan lebih efektif dibandingkan lelaki."
Kredit foto: Live Science
Seperti dilaporkan BBC Indonesia yang dipetik Harian Metro, kadar kematian wanita dan lelaki yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan perbezaan ketara.
Hal ini jelas dibuktikan di Amerika Syarikat bahawa kadar kematian untuk pesakit lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita. Manakala, di Eropah pula, 69 peratus dari semua kematian akibat pandemik itu juga adalah lelaki. Pola sama dapat dilihat di China dan juga di negara lain.
"Salah satu penyebabnya kerana wanita memiliki dua kromosom X, manakala lelaki hanya memiliki satu. Virus ini pula tertarik dengan protein dan dikodkan pada kromosom X.
"Oleh itu, sel pertahanan pada tubuh wanita mengandungi dos protein dua kali ganda lebih banyak berbanding lelaki menjadikan sistem imun mereka lebih kuat."
Kredit foto: Forbes
Selain itu, faktor perbezaan gaya hidup juga mempengaruhi antibodi tubuh. Kebanyakan perokok adalah dari kalangan lelaki.
Contoh terdekat adalah di China iaitu lebih 50 peratus lelaki negara itu merokok berbanding lima peratus wanita. Jadi, kemungkinan untuk perokok lebih cepat mati kerana mereka terdedah dengan risiko penyakit jantung, paru-paru kronik dan kanser.
Kredit foto: Bangkok post
Sebagai info, setakat ini lebih 5.3 juta penduduk dunia telah pun dijangkiti Covid-19 dan turut mengorbankan 340,000 orang.
Dari jumlah itu, Amerika Syarikat merekodkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu hampir 1.6 juta kes, diikuti lebih 300,000 kes di Rusia dan Brazil. - CARI |