"Selfie tu boleh kenyangkan perut si miskin ke?"
Tular di media sosial apabila swafoto orang kenamaan dengan simbol hati di tangan untuk membantu mereka yang kelaparan. Swafoto tersebut yang kononnya menyokong kempen prihatin kepada orang susah ini didakwa digunakan 'sosialite' sebagai medan menunjuk-nunjuk.
Ianya dimulakan oleh Nadia Nasimuddin, kemudiannya diteruskan adik iparnya, Chrystan membangkitkan kemarahan warganet.
Bagi mereka, adakah dengan swafoto tersebut ia mampu memberikan kekenyangan kepada si miskin? Bukankah lebih bagus mereka membayar cukai yang lebih banyak berbanding swafoto yang tidak membantu pun, sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kredit Foto :Twitter
Rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana tiada bezanya swafoto simbol cinta itu dengan gambar-gambar sebelumnya.
Adakah ini bermakna mereka berasa seperti diri sudah cukup suci setelah berkempen menolong yang susah ini? Dan betul ke banyak cukai yang dibayar oleh mereka?
Kredit Foto : Twitter
Berbeza dengan Chrystan, Diana kelihatan telah memadam hantarannya.
Dengan tanda pagar #loveforothers, sebenarnya ramai selebriti dan 'sosialite' dua negara menyokong kempen membantu golongan yang susah ini. Malaysia dan Indonesia antara negara yang aktif dalam kempen ini turut menyeru orang lain bagi menyokong kempen ini.
Ianya ditunjukkan menerusi cabaran #handtoheat iaitu meletakkan simbol 'hati' pada tangan, swafoto di Instagram dan menandakan lima rakan lain. Ianya adalah cara untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai orang mengenai kempen ini.
Kredit Foto : IG
Biarpun kempen ini adalah untuk menyeru lebih ramai supaya menyedari kepentingan membantu orang yang dalam kesusahan, namun warganet tetap merasakan ianya digunakan oleh segelintir kenamaan untuk mengambil kesempatan.
Adakah cukup 'selfie' semata-mata untuk membayar bil-bil golongan marhein?
"Apakah kaitan antara menolong orang kurang berkemampuan dengan selfie awak? Admit only, it’s plain narcissism. You are craving for attention."
Isu besar ini harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak. Setiap orang memainkan peranan penting untuk membantu mereka yang kesusahan. Jika bukan 'selfie', seharusnya ada tindakan yang lebih progresif bagi membantu rakyat marhein ini. - CARI
|