Gara-gara di bawah pengaruh dadah, seorang lelaki tergamak merogol ibu kandungnya.
Kejadian yang berlaku di barat Australia November tahun lalu menyaksikan seorang lelaki menerima hukuman penjara 17 tahun selepas merogol ibunya sebanyak tiga kali hingga mengakibatkan pinggang mangsa patah.
Kredit Foto : Perthnow.com.au
Seperti dipetik dari laporan mStar, mahkamah telah mendengar perbicaraan tersebut yang mendapati seorang lelaki telah merogol ibunya tiga kali ketika di bawah pengaruh dadah jenis methamphetmine.
Kredit Foto : Daily Star
Hakim menyifatkan jenayah itu sebagai antara yang terkutuk dan antara yang paling teruk pernah didengarinya sepanjang penghakiman.
"Orang-orang yang berada di bawah pengaruh dadah cenderung melakukan kesalahan jenayah dengan serius termasuk tindakan kejahatan yang saya kendalikan ini. Sudah tentu bukan metilamfetamin yang merogol ibumu, ia adalah kamu."
Dadah jenis methamphemine - Kredit Foto :Getty Image
Dalam kejadian pada November tahun lalu, tertuduh memukul ibunya di pinggang menggunakan batang paip PVC. Ia mengakibatkan wanita berusia 56 tahun itu terjatuh dan diseret dengan menarik rambut ibunya ke bilik tidur sebelum melakukan kejadian terkutuk itu sebanyak tiga kali. - CARI |