"Kalau ada satu perkara paling merosakkan yang Covid 19 lakukan kepada umat manusia, bukanlah kematian hari ini, tetapi lebih kepada ketandusan tamadun hari esok bila masa terus beredar dan keilmuan serta pencapaian manusia itu sendiri membeku."
Hampir enam bulan dunia bertarung dengan pandemik Covid-19 yang bermula di China pada Disember 2019. Walaupun pada mulanya ianya dianggap wabak di negara itu sahaja, namun lama kelamaan ia mula berleluasa di seluruh dunia hingga mengakibatkan kesan buruk terhadap nyawa manusia mahupun ekonomi secara global.
Di Malaysia sendiri, setelah 73 hari berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai terpalit impak buruknya. Kehilangan kerja dan perniagaan ditutup hingga terpaksa bergolok gadai apa yang ada. Walaupun ada bantuan, tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menyara hidup.
Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan ketika wabak ini masih belum ditemui penawarnya. Pengguna Facebook, Fdaus Ahmad mengolah realiti yang terpaksa dihadapi dalam norma baharu ini.
Kredit foto: FB
Kredit foto : Berita Harian
Menurut Fdaus, wabak maut ini menghilangkan suasana dan nilai kehidupan itu sendiri. Berapa ramai umat manusia yang telah kehilangan pekerjaan, perniagaan ditutup, pelajar tidak lagi mendapat ilmu dan pelbagai lagi kerencatan sosial.
Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita terpaksa hidup bersama pandemik ini memandangkan vaksin belum ditemui. Jadi, kita tetap perlu mengamalkan penjarakan sosial yang membawa makna ruang dan masa selain terpaksa terkurung dalam situasi ini. Soalannya, sampai bila?
Kredit foto : FB
Kredit foto : Bernama
Sudahlah masa sekarang pun caca marba, generasi pelapis juga sudah kehilangan beratus-ratus jam yang sepatutnya digunakan untuk belajar, tetapi terpaksa berada di rumah kerana pandemik ini.
Kredit foto : FB
Kredit foto : Berita Harian
Berapa lamakah lagi kita terpaksa berada dalam norma baharu ini? Apakah akan ada sinar untuk generasi masa hadapan terus bersekolah tanpa risaukan tentang wabak ini? Ini yang kita perlu sama-sama fikirkan.-CARI
|