CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8886|Reply: 114

COVID-19: Malaysia dalam fasa pemulihan terakhir. Kes baharu satu digit, sektor

[Copy link]
Post time 30-5-2020 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Malaysia dalam fasa pemulihan terakhir
| | 30 Mei 2020


PUTRAJAYA - Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.

"...jadi dalam kita melihat (kes Covid-19 di Malaysia) kita ada permodelan, kita lihat modelling yang kita gunakan. Waktu sebelum PKP, kita lihat kita punya kebolehjangkitan, R0 itu ialah 3.55, bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang, dan apabila kita laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 sehingga 0.6 dan sekarang ini (semasa PKPB) kita punya R0 0.3.

“Bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang, jadi ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir," katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.

R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku.

Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi semasa negara sepanjang PKPB yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun.

“Sekiranya kes baharu boleh dicapai dalam satu angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungkinan sektor ekonomi akan dibuka 100 peratus, selain sektor sosial dan pendidikan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu turut berkongsi data sejak 4 Mei lepas hingga 29 Mei, hampir sebulan PKPB dikuatkuasakan yang menunjukkan hanya kira-kira 200 kes melibatkan rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia.

"Ini bermakna PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya melandaikan lengkungan. Rakyat patuh kepada SOP. Kejayaan ini bukan sebab tanggungjawab atau dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan tetapi kejayaan ini kejayaan bersama dengan rakyat sebab rakyat Malaysia patuh kepada SOP,” katanya optimis.

Dr Noor Hisham berkata, selain berdepan kenaikan kes mendadak melibatkan pendatang asing tanpa izin di Depot Tahanan Imigresen, KKM juga menjangkakan kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri namun beliau berkata, ia mungkin tidak akan tercetus pada kadar yang tinggi dan masih boleh dikawal sekiranya rakyat kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“...mungkin kita akan dapat peningkatan kes tapi tidak secara mendadak, jadi kalau rakyat patuh kepada SOP mungkin kita tak dapat gelombang ketiga, kita menunggu sekarang ini, raya dah lepas, mungkin dalam tempoh seminggu, dua minggu kita akan melihat kes (baharu) setiap hari.

"Kalau kes ini masih lagi rata iaitu dua angka dan juga satu angka, tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun. Kita akan lihat bagaimana keadaan kita nanti," katanya.

Setakat semalam, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di Malaysia dalam tempoh tujuh hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.49 peratus).

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga semalam adalah 7,732 kes. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orait pipul.. we can do it!!! Lagi sikit je lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Atleast dpt bebas kat negara sendiri pun okay. Wpn impian berkubur nak travel tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:12 PM | Show all posts
alhamdulillah...

semoga terus bertambah baik keadaannya.
tak sabar nk jumpa adik beradik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Malaysia boleh.. Kita boleh bersabar... Dan hadapi semua ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 18 kes kebawah hari hari boleh la tipu sikit sikit buat sedapkan hati rakyat. Kalau hari ni 18 ,kita cakap 9 ja, esok pun cakap 9 walaupun dia accumulate pandai pandai la adjust . Tapi KKM tak akan buat macam tu.ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini berita baik. Keep on fighting sume
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
95% patuh, 5% tak patuh..yang 5% ni perlu dibendung. Buat hal sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:59 PM | Show all posts
alhamdulillah tahniah pada frontliners and rakyat Msia yg path pada SOPs.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:11 PM | Show all posts

Kita Hampir Boleh Putuskan Rantaian Jangkitan Covid-19 - Noor Hisham

"Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi."


Kredit foto: BH Online




Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid-19 hari ini menaruh harapan Malaysia bakal bebas dari belenggu wabak Covid-19.


Menurut Berita Harian, beliau berkata sedemikian selepas menyaksikan penurunan jumlah kes positif selain tiada kematian direkodkan selama lapan hari berturut-turut.




Kredit foto: Twitter



Kredit foto: BH Online/Flourish



"Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah lah apa oun aslakan bulih tubik kelate.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:25 PM | Show all posts
Yes Happy sangat. Dah 3 bulan tak keluar rumah. Nak try slowly run errands sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:31 PM | Show all posts
famri7 replied at 30-5-2020 07:21 PM
Tak kisah lah apa oun aslakan bulih tubik kelate.

Sek kito mandi lanje

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:32 PM | Show all posts
nasib baik xterlepas hari raya haritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Far replied at 30-5-2020 07:25 PM
Yes Happy sangat. Dah 3 bulan tak keluar rumah. Nak try slowly run errands sikit.

Serius sampai tiga bulan tak keluar rumah? Kenapa menyeksa diri, boleh saja keluar asalkan ikut sop yang ditetapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan cari kalau x check ada ke belum tak leh ka.. R2D2 buka dulu thread dari wartawan cari..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semoga ada berita baik utk merentas negeri. I akan bersabar menunggu hari itu nanti bila pm umumkan je kebenaran merentas negeri i la akan terus ajak suami dgn anak2 balik kampung jumpa my parents. Kalau bulan 6 ni genap la hampir 6bulan i x balik lg kampung jumpa my parents
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
X zabar nk rentas negeri, bkn jauh pun nk ke somban je..disebabkan bukan hal keje, takut nnt kena kompaun..rakyat marhaen mcm iols ni 1K bnyk oooo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.274259 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list