"Langkah yang luar biasa telah diambil oleh salah seorang ahli keluarga Jenner menunjukkan betapa terdesaknya sesetengah orang kaya untuk nampak lebih kaya."
Kredit foto: Forbes/IG
Rupa-rupanya, selama ini ramai tertipu dengan Kylie Jenner yang kantoi telah memalsukan keuntungan sebenar syarikat kosmetiknya.
Dek tindakannya itu, majalah Forbes menerusi sebuah artikel yang diterbitkan di laman webnya mengumumkan menarik semula gelaran bilionair anak bongsu keluarga Kardashian berkenaan.
Kredit foto: IG
Bintang realiti televisyen berusia 22 tahun yang diisytiharkan bilionair termuda pada Mac tahun lalu telah disingkirkan Forbes daripada senarai jutawan mereka pada Jumaat.
Berikutan itu, Kylie tampil mempertahankan dirinya di Twitter dengan menyangkal dakwaan bahawa dia telah memutarbelitkan keuntungan perniagaannya.
"Saya tidak pernah meminta sebarang gelaran atau cuba menipu untuk mendapatkannya (gelaran jutawan)," tulisnya. - CARI |