Mungkin selepas ini Siti Kasim boleh menulis dalam Bahasa Melayu untuk hantarannya di laman sosial bagi mengelak kenyataannya dimanipulasi segelintir pihak.
Ini kerana, laporan media seolah-olah menunjukkan peguam kontroversi itu mahu sekolah tahfiz turut ditutup jika PAS mahu menggantung permit jualan arak kini menjadi isu besar dan meleret-leret.
Dek kerana itu, Siti Kasim telah ditawarkan tempat pengajian di sebuah pusat Tahfiz bagi membantu beliau mendalami al-Quran secara percuma!
Surat tawaran daripada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS) itu dikongsikan menerusi Facebooknya.
"Saya percaya kenyataan Siti Kasim disebabkan beliau belum merasai kehebatan mukjizat al-Quran.
"Saranan Siti Kasim yang mahukan sekolah Tahfiz ditutup jika mahu mengharamkan arak adalah satu saranan di luar konteks dan tidak intelektual.
"Saranan beliau tidak menunjukkan kecerdikan berhujah dalam isu serius yang menyangkut keimanan, kesihatan akal dan keselamatan nyawa akibat pengambilan arak," tulis Pengerusi PITAS dalam kenyataan itu.
Kredit foto: FB Siti Kasim
Siti Kasim menerusi hantarannya sekali lagi menegaskan bahawa sekolah Tahfiz bukan satu masalah, sebaliknya pihak yang menguruskannya bermasalah.
"Jika mereka tidak faham bahasa Inggeris mudah berhubung kenyataan saya mengenai kenyataan PAS yang mahukan pengharaman arak, jadi kesimpulan yang say abuat adalah betul dan tepat," katanya. - CARI |