"Tercalon ke Oscar"
Itu kata-kata Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid yang kemudiannya ditempelak oleh penggiat seni termasuklah Tony Eusoff.
Tony melalui ciapannya di Twitter menegur impian Zakaria yang tidak berpijak di bumi nyata. Sementelah lagi banyak masalah industri yang tidak dapat diselesaikan sekian lama walaupun kerusi panas itu sering bertukar tangan.
Antara yang ditegur adalah kontrak dengan anak seni yang berat sebelah, pelakon terpaksa membawa baju sendiri dan aksesori yang tidak sesuai. Jadi, apa motif berangan mahu ke Oscar?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto : IG
Bagi Tony, sebelum bercerita mengenai tercalon ke Oscar, mengapa tidak pihak Finas turun padang melihat sendiri situasi sesuatu penggambaran itu dilakukan.
Jadi, dari situ barulah boleh menilai mana yang perlu didahulukan. Misalnya, masalah berlarutan seperti baju untuk pelakon yang perlu disediakan oleh pelakon itu sendiri dan bukannya pihak produksi.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : IG
Luahan Tony itu mendapat sokongan daripada anak seni lain seperti Diana Danielle, Rozita Che Wan, Izara Aishah dan Vince. Masing-masing mengalami masalah sama di set penggambaran.
Lebih parah, sudahlah mencari penaja pakaian sendiri, terpaksa pula mewar-warkan di akaun media sosial masing-masing. Kenapa berat sebelah sangat ni?
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : IG
Ianya turut dipersetujui warganet bahawa terlalu banyak lompong yang perlu diperbaiki sebelum berbicara mengenai mahu ke Oskar.
Selain masalah pakaian dan kontrak, banyak lagi masalah lain seperti bayaran tidak setimpal kepada krew drama, jalan cerita sama dan perkembangan watak tidak logik perlu dititiberatkan.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : IG
Nampaknya, kerusi panas Finas sentiasa bertukar tangan daripada lantikan politik kepada orang industri, kemudiannya balik kepada lantikan politik.
Siapa pun jua yang memegang tampuk industri tersebut, diharapkan agar mengkaji lebih mendalam sebelum berkata-kata. Ianya demi kebaikan orang industri drama dan filem kita dan bukan sekadar cakap kosong semata-mata. - CARI
|