Siti Kasim semalam mendakwa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat laporan polis palsu terhadapnya.
Dia mengulas tindakan Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang yang membuat laporan polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan penghinaan terhadap Islam dan institusi diraja.
Peguam dan aktivis itu bagaimanapun mendakwa mereka sebaliknya telah terpedaya dengan penipuan yang tersebar di grup WhatsApp mereka sendiri yang menuduh Siti Kasim mendakwa al-Quran lebih bahaya dari arak dan sekolah tahfiz lebih bahaya dari kilang arak.
"Nak hapuskan arak, hapuskan dulu sekolah tahfiz kilang taliban," tangkap layar kenyataan yang tersebar di WhasApp.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak, institusi atau pihak berkuasa yang membuat dan/atau mengambil tindakan atas laporan polis palsu terhadap saya," katanya. - CARI |