"Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang. Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran. Isi borang. Everything. Tiada keistimewaan atau guna kabel."
Itu penjelasan Datin Seri Zizie Ezette, 42, di laman Instagram mengenai hasratnya mengambil seorang lagi anak angkat.
Berada di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak, isteri Datuk Seri Bung Moktar ini menerangkan yang dia ke sana untuk menguruskan dokumen pengambilan anak angkat. Itupun bila mempunyai kelapangan kerana sebelum ini tiga tahun berturut-turut mengandung dan bersalin.
Kredit foto G
Tidak menerangkan secara terperinci tarikh atau mengenai anak tersebut, Zizie kelihatan memberi klu ianya akan terlaksana sepenuhnya pada tahun hadapan.
"Tahun ni baru dapat relax sikit. In shaa Allah tahun depan ada lagi sorang. Eh!"
Kredit foto : IG
Terdahulu Zizie dan Bung mempunyai dua anak angkat iaitu Najla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2. Manakala, anak kandung pasangan ini pula ialah Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 14 bulan.
Kredit foto : IG
Wah! Murah betul rezeki Zizie yang suka ahli keluarga ramai, kecil-kecil pula tu. Apa pun, baguslah Zizie menerangkan semuanya mengikut prosedur seperti yang dilalui oleh orang lain. Mesti anak-anak Zizie dan Bung sendiri tidak sabar menantikan ahli keluarga baru kan? - CARI
|