Biadab! Terkedu membaca komen-komen di laman sosial yang ditinggalkan segelintir pelajar terhadap guru hamil.
Gambar hiasan
Masakan tidak, menurut perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, ada yang menghina guru mereka kononnya saban tahun gigih ke sekolah dalam keadaan hamil. Tidak cukup dengan itu, disalahkan pula diri sendiri 'menjadi bodoh' disebabkan gurunya hamil.
Kredit foto: FB Mohd Fadli Salleh
Isu ini mula menjadi hangat apabila seorang pelayar Twitter mengajukan pertanyaan "Korang mesti ada kan cikgu yang setiap tahun mengandung?"
Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap guru mereka.
Ramai yang terkilang dengan sikap pelajar hari ini yang semakin hari semakin biadab dan hilang rasa hormat terhadap guru sendiri.
Kredit foto: FB Mohd Fadli Salleh
Kenapa tukar nama atau padam akaun bila sudah mendapat perhatian? Takut ke? - CARI |