Fakta "3 daripada 10 lelaki dewasa sukar mencapai ketegangan zakar" tidaklah terlalu mengejutkan. Ianya kerana perlbagai faktor seperti umur, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya.
Portal KKM Putrajaya menjelaskan statistik tersebut di laman Twitter.
Namun, apabila mengetahui lebih suku daripada jumlah itu adalah dalam kalangan lelaki berusia 18 hingga 29 tahun, ia sebenarnya agak menakutkan untuk generasi sekarang.
Adakah mereka mengalami masalah kesihatan zakar atau bahasa mudahnya mati pucuk? Kenapa umur semuda itu sudah mengalami masalah sebegini?
Kredit foto: Twitter
Menurut KKM, masalah mati pucuk atau Erectile dysfunction (ED) jarang berlaku pada usia muda. Ianya hanya berlaku kerana lelaki dalam lingkungan usia itu membuat jangkaan terlalu tinggi terhadap kemampuan ereksi. Jadi, ia memerlukan kaunseling dan maklumat kesihatan seksual yang tepat untuk mengatasi masalah ereksi ini.
Tetapi, ia masih belum menjawab persoalan asas, betul ke kerana jangkaan tinggi atau ada masalah lain yang disembunyikan?
Kredit foto : Men's Formula
Pakar motivasi remaja, Akhi Fairuz berpendapat sebaliknya. Antara punca menjadikan lelaki sukar mencapai ketegangan zakar yang mencukupi kerana otak telah rosak disebabkan kerap menonton filem lucah. Ianya turut dikongsikan oleh guru yang sentiasa berkongsi mengenai pendidikan reproduktif, Cikgu Fadli.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Medical News Today
Kedua-duanya menyatakan ia adalah punca utama kepada masalah remaja lelaki yang ketagih dengan pornografi, lalu beronani hingga akhirnya melemahkan alat sulit. Tidak hairanlah jika mereka berkahwin sekalipun, mereka akan mencari aksi seks untuk memuaskan nafsu.
Dari komen-komen di hantaran KKM tersebut, jelas menunjukkan yang remaja masa kini sudah terbuka dengan isu yang diperkatakan. Malah, ada yang terkejut dengan impak negatif terhadap alat sulit mereka.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Telegraph.co.uk
Tidak dinafikan dengan media sosial yang mudah diakses di hujung jari, segala info termasuk bahan lucah mudah memasuki minda generasi kini. Jika dibiarkan melarat, ia pasti memberi kesan buruk kepada anak cucu kita. Jadi, apa penyelesaiannya? - CARI
|