Aduhai Presiden Amerika Syarikat (AS), dek kerana ketidakpekaannya mengenai langkah keselamatan, sebuah kilang pembuatan ujian swab koronavirus terpaksa membuang keseluruhan kit pengeluarannya selepas Donald Trump melakukan lawatan tanpa memakai topeng muka.
Bukan saja hadir tanpa memakai topeng muka dan sut lengkap perlindungan diri (PPE), beliau juga memasukkan peralatan itu ke dalam hidungnya!
Menurut laporan Portal Metro.co.uk, kilang Puritan Medical Products di Gulford, Maine terpaksa membuang kit ujian swab Covid-19 yang dihasilkannya kerana bimbang ia tercemar selepas kunjungan Trump pada Jumaat lalu.
Puritan Medical Products
Read more: https://metro.co.uk/2020/06/06/factory-12815468/?ito=cbshare
Twitter: https://twitter.com/MetroUK | Facebook: https://www.facebook.com/MetroUK/
Kredit foto: Metro.co.uk
Walaupun tidak menyatakan jumlah kit ujian yang terpaksa dibuang, jurucakap Puritan memberitahu bahawa mereka akan bekerja pada hari Sabtu bagi menghasilkan edisi terhad kit ujian itu.
Sementara itu, Trump kelihatan bergurau dengan kakitangan kilang terbabit dan berseloroh "Saya tak patut beritahu kamu mengenai hal ini, tapi saya gunakannya (kit ujian tersebut) setiap hari."
Kredit foto: Metro.co.uk
Dalam kenyataannya, Puritan adalah sebuah syarikat pengeluar peralatan ujian koronavirus dan ianya akan diperluaskan bermula bulan depan bagi menghasilkan 45 juta kit setiap sebulan.
Adalah dikesali apabila seorang presiden bertindak sedemikian yang jelas melanggar peraturan di sebuah premis kesihatan. Ianya seolah-olah menggambarkan Trump merasakan dirinya betul serta tidak tidak peka dengan sesebuah situasi.
Nampaknya, satu persatu kelemahan Trump dipertontonkan di mata dunia dan wajarlah ramai rakyat AS yang memprotesnya. - CARI
|