Pelakon dan model kontroversi Fara Mendoza mendakwa akan menyaman mana-mana pihak yang menabur fitnah terhadapnya.
Dalam kemas kini di Instagramnya, Fara mendakwa tidak akan 'melawan' pihak yang membuka aib, menghina dan menikam belakangnya.
Sebaliknya, dia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telar mencemar imejnya.
"Kalau kau lawan, nampak apa dia cakap tu betul. Jadi, menta kena kuat. Agama pun ajar kita bersabar.
"Tarik nafas, positif, tenang, santai, SAMAN!!" tulisnya.
Tidak pasti kepada siapa ia ditujukan, namun menerusi Insta Storynya, Fara memberi bayangan individu terbabit sering memutar belit cerita.
Malah dia ada memberi hint bahawa individu tersebut seorang yang peduli pada netizen.
Dia juga memuat naik petikan berita berhubung menang saman malu terhadap Zarina Anjoulie.
Walaupun ramai menyokong tindakannya, ada juga pengguna berbunyi, mempertikaikan dirinya 'memetik' soal agama.
Kredit foto: IG Fara NMendoza
Buruk padahnya sebar fitnah! Ada lagi ke individu bakal disaman Fara Mendoza? - CARI
BACA JUGA: Menang Saman Malu, Fara Mendoza Tuntut Zarina Anjoulie Minta Maaf |