Sekarang ini, ramai selebriti yang berniaga dan Alicia Amin pun tak nak ketinggalan.
Tak sangka model dan pelakon ini mempunyai bakat memasak rendang tok.
Melalui Instagram, Alicia mempromosikan produknya. Bagaimanapun videonya sedang memasak rendang menerima kecaman.
Mana tidaknya, ramai yang kurang senang dan mepersoalkan tahap kebersihan dalam menyediakan juadah tersebut.
Bukan sahaja pakaian yang terdedah, kawasan tempat masak pun nampak macam kotor kata mereka.
Foto: IG
"Hairnet, apron, glove tak ada. Suntikan typhoid ambil ke tak ni?" antara komen dari netizen.
Mungkin kecil hati dengan teguran dari netizen, Alicia Amin memuat naik status di IG Story, meluahkan perasaannya tentang tindakan orang di luar sana yang seolah-olah sentiasa mencari kesalahannya.
Alicia juga ada memberi penerangan tentang persoalan ini.
Sekarang ini banyak kes keracunan makanan hingga boleh membawa maut.
Jadi tidak hairanlah jika netizen risau. Harap Alicia dapat mengambil teguran dengan cara yang positf ya. -CARI
|