Tidak dinafikan sakit hati akibat putus cinta boleh membuat orang hilang pertimbangan hingga ada yang sanggup menyakiti diri sendiri atau orang lain terutama bekas kekasih dan pasangannya.
Itu yang dialami Instafamous Beby Tora Tora atau Atierah Zulfatie yang memuat naik tangkap layar komen dipercayai ditulis bekas kekasih suaminya, Apit Johari.
Habis dihinanya Beby Tora hingga mengeluarkan perkataan kesat dan menuduhnya sebagai perampas kekasih orang.
Malah, dituduhnya suami Beby Tora hanya mahukan duitnya saja.
Dalam hantarannya di Instagram, dia mendedahkan bahawa sering menerima mesej daripada bekas kekasih suami sejak mengikat tali pertunangan lagi.
"Ada perempuan merangkap bekas kekasih suami mendoakan supaya kami tak jadi kahwin," tulisnya.
Katanya, berbeza dengan dia dan bekas kekasihnya, tidak mendoakan yang buruk-buruk.
Di penghujung hantarannya itu, Beby Tora sempat berseloroh dengan mengajukan soalan buat suaminya.
"Awak ada berapa bekas kekasih ya?" ujarnya.
Kredit foto: IG Beby Tora
Dah Beby Tora selalu muat naik gambar sweet bersemut dengan suami, mana tak bekas kekasih semua cemburu, kan? - CARI
|