Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan satu siasatan terperinci dijalankan berhubung kain rentang anti-Rohingya yang digantung di hadapan sebuah masjid di negeri itu.
Kredit foto: Suara Merdeka
Titahnya menerusi laman sosial Facebook dan Instagram, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pejabat Penghulu perlu melaporkan hasil siasatan kepada baginda.
"Ia telah mengundang pelbagai reaksi negatif, terutamanya terhadap institusi masjid dan surau di kawasan berkenaan," katanya.
Kredit foto: FB Sultan Johor
Baginda juga meminta orang ramai berhenti daripada menyebarkan khabar angin dan spekulasi kerana enggan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat. - CARI |