Nampak remeh, tetapi mampu meragut nyawa anak anda jika dipandang enteng.
Gambar hiasan: Taste of Home
Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, potongan buah-buahan untuk anak kecil terutama anggur adalah sangat penting untuk mengelak daripada tercekik.
"Walaupun nampak lembut dan kecil, buah anggur suduh cukup untuk menyendal saluran pernafasan kanak kanak," tulis pengendalinya.
Maklumat itu adalah berikutan kejadian kanak kanak berusia 5 tahun yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas selepas tercekik sebiji anggur hingga perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkannya.
Lantaran itu, Public Health Malaysia berkongsi cara memotong buah anggur yang betul untuk anak kecil.
Kredit foto: FB Public Health Malaysia
Pastikan ia dipotong secara memanjang dan bersaiz kecil. - CARI |