View: 4257|Reply: 25
|
[Jenayah]
Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut
[Copy link]
|
|
Ridzal Abdullah, Astro Awani
Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut
Pukulan anaknya terkena pada kepala dan beberapa anggota badan mangsa, menyebabkannya jatuh terguling ke arah kawasan bawah bukit. - Foto PDRM
LAHAD DATU: Tidak tahan dipukul bapanya yang mabuk, seorang lelaki bertindak membalas pukulan itu dengan besi pengangkat kelapa sawit di kampung Ulu Teburi, Tungku, dekat sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Talasai Kuyoh, 62 tahun, ditemukan mati di kebun sawit berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, suspek berusia 30 tahun itu diarahkan bapanya membeli batu jalan dan datang ke rumahnya di kebun kerana ada kerja hendak disiapkan.
"Setelah sampai di rumah mangsa, suspek terus ke dapur dan masak untuk bapanya. Sewaktu sedang memasak, mangsa memanggil anaknya ke bawah kolong.
"Mangsa yang sedang minum minuman keras memarahi anaknya dan berlaku perselisihan faham," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Nasri, mangsa kemudian mencapai parang dan melibas ke arah anaknya.
Suspek berlari ke arah lori berdekatan untuk menyelamatkan diri dan mengambil besi pengangkat sawit di bahagian pemandu.
"Mangsa terus mengejar sambil melibas parangnya ke arah suspek, namun suspek sempat mengelak serta membalas dengan memukulnya beberapa kali menggunakan besi tersebut.
"Pukulan tersebut terkena pada kepala dan beberapa anggota badan mangsa sebelum menyebabkannya jatuh terguling ke arah kawasan bawah bukit.
"Suspek melarikan diri ke rumah ibu saudara isterinya dan memberitahu perkara sebenar," kata Nasri.
Besi pengangkat sawit yang digunakan suspek antara yang dirampas polis.
Foto PDRM
Pada kira-kira pukul 2 petang, suspek ditahan ketua kampung dan beberapa penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tungku, tambahnya.
Katanya, motif kejadian berpunca dari perselisihan faham dan suspek tidak tahan sering dimarah serta dimaki ketika mangsa mabuk.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelas Nasri, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau defend diri kau smp mati kau belasah bapak kau? Tapi mendapatlah bapaknya pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kena panggil CSI ni untuk buat siasatan terperinci |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya orang tengah mabuk ni membunuh pun dia sanggup tak pasal2 orang tak mabuk pun boleh terlibat sama |
|
|
|
|
|
|
|
Tak guna punya bapa. Selayaknya mati. Anak siap dtg tlg masak, disuruhnya jual batu, pastu dibarankan. Nasib anak tak mati dilibas parang |
|
|
|
|
|
|
|
tomitomes replied at 16-6-2020 11:19 AM
Kau defend diri kau smp mati kau belasah bapak kau? Tapi mendapatlah bapaknya pun
Bunuh atau neutralized org yg ada potensi utk bunuh kita pun consider pertahankan diri jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh. x perlu sampai membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kata arak ni tak bahaya???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ank tu.. Mesti trauma all his life.. Even buat as defense.. Hrp2 xresort to arak jugak la nnt.. If not the same cycle can repeat it self |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi si bapak tu mati mungkin sbb jatuh ke bawah bukit bukan sbb kena pukul dgn besi je kan..kalau post mortem punca dia mati sbb jatuh bukit mungkin boleh lepas tuduhan membunuh tu
Btw kelakar pulak baca ayat ni
"Namun, si mati terus mengejar suspek sambil melibas parang.."{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Patut haramkan je penjualan arak ni. Banyak mendatangkan musibah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena kejar guna parang sambil dilibas parang, takdenya nak fikir ketuk kepala lutut dulu....
|
|
|
|
|
|
|
|
real life drama ni. Kesian kat anak tu. Trauma dia mesti dah lama menahan ni, jadi ticking time bomb. Harap dia lepas tuduhan sebab self defense. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahana arak. Sekarang makin menjadi kes mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat nak aim dah sebab bapaknya melibas2 parang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Arak lagi.. bukan bahaya membawak kereta je, kat dalam rumah pun bahaya jadinye. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Siapa kata arak ni tak bahaya????
Memang tak bahaya jika reti kontrol diri. Bunuh orang tak perlu arak pun untuk trigger. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian anaknya.. dah la masakkan.. hmm complicated jugak.. bila stress sgt all out of control |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua2 tak larat pun nk minum arak juga. suruh anak buat keje mcm2 dilibas plak dgn parang..
moga anak dia xsabit kesalahan membunuhla |
|
|
|
|
|
|
| |
|