"Jika tak mampu untuk mendoakan, jangan kita jadi asbab menyebarkan kebencian."
Itu luahan Aeril Zafrel, 32, di laman Instagramnya akibat komen warganet yang menuduhnya menunjuk-nunjuk kerana mahu menunaikan zakat sebulan sekali berbanding sebelum ini yang setahun sekali.
Meninggalkan komen-komen berbaur kebencian, menghina dan menyindir di hantarannya menjelaskan yang Aeril kecewa dengan dakwaan tersebut.
Baginya, apa yang dilakukan adalah untuk mengajak lebih ramai orang menunaikan kewajipan, namun sebaliknya berlaku bila dia disindir sebagai tidak ikhlas.
"Niat itu urusan hati, HATI itu urusan iLAHI."
Kredit foto: IG
Menurut Aeril lagi, dia hanya berniat baik dengan mengingatkan mereka yang berniaga bagi menunaikan zakat apabila cukup masanya, tetapi tidak menyangka dilempar tuduhan sebegitu rupa.
Tuduhan seperti menyamakan dirinya dengan Aliff Syukri yang minta dipuji serta membuat amal kebajikan dengan niat riak, sangat mengguris hatinya.
Kredit foto : Ig
Terdahulu, Aeril pernah memuat naik gambarnya yang menunaikan zakat perniagaan turut meminta doa daripada warganet agar kekal istiqamah menunaikan ibadah ini setiap bulan.
Selain itu, pelakon Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini turut menyeru golongan peniaga menjalankan tanggung jawab ini turut mengeluarkan zakat perniagaan.
Kredit foto : IG
Warganet turut meminta Aeril bersabar serta tidak lagi meletakkan gambar sebegitu di laman sosial Facebook kerana lebih banyak komen negatif berbanding positif.
Kredit foto : Ig
Sementara itu, rakan artis turut memuji tindakan Aeril yang konsisten menunaikan zakat.
Kredit foto : IG
Susah juga ya, kalau menguar-uarkan kebaikan dengan harapan lebih ramai terinspirasi sebenarnya menyakitkan hati segelintir warganet. Jadi, perlukah Aeril terus berkongsi perkara baik atau diam-diam sahaja? - CARI
|