Rupa-rupanya, Fathia Latiff mengambil masa lama untuk melupakan bekas kekasihnya.
Menurut Gempak, Fathia akui mengambil masa lima tahun untuk move on dari aktor Aiman Hakim Ridza.
Kredit foto: IG Fathia/Aiman
"5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on.
"Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.
"Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam," katanya.
Mahukan yang baik-baik saja, Fathia juga mendoakan agar masjid yang dibina Aiman dengan Zahirah Macwilson kekal ke syurga.
"Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga," ujarnya.
Fathia dan Aiman berpisah pada 2015 selepas menjalin kasih selama dua tahun. - CARI |