Seramai 3,209 isteri menjadi janda di Bandung dan Cimahi seperti direkodkan selama empat bulan ketika pandemik Covid-19.
Dengan pasangan yang bercerai di Bandung berjumlah 1,355 pasangan, manakala Cimahi pula berjumlah 1,845 pasangan, angka itu menurun kerana wabak itu sendiri.
Kredit foto : Detik.com
Ketua PA Bandung, Acep Saifuddin menyatakan jumlah itu menurun berbanding sebelumnya yang purata 600 kes sebulan seperti dilaporkan portal Detik News.
Antara faktor yang menyebabkan penurunan itu ialah kerana permohonan penceraian hanya boleh dilakukan menerusi dalam talian sahaja.
"rosedur kerajaan sangat ketat ketika PSBB, automatik hanya sedikit pasangan yang hadir ke Pengadilan Agama Bandung. Bermula bulan Mac, April, Mei, hanya 600 kes dicatatkan. Manakala, awal Jun pula ia semakin meningkat dengan norma baharu iaitu 706 kes."
Kredit foto : FB
Sementara itu, di Kota Cimahi pula, Ketua Sosial Agustus Fajar menyatakan jumlah janda yang tinggi itu sebenarnya agak menyedihkan kerana ada yang ditinggalkan suami tanpa berita dan mereka kini keliru.
"Seharusnya, pemerintah memandang serius isu sebegini dan memberikan motivasi kepada janda muda supaya mereka kembali positif seterusnya menggerakkan ekonomi. Kita khuatir jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada perkara negatif."
Kredit foto : Herald.com
Menurut Agus lagi, golongan janda sebegini perlu mendapat bantuan fizikal dan mental yang kuat supaya mereka berasa diperlukan.
Jadi, ada yang mahu menolong janda muda di Bandung, Indonesia? - CARI |