Pemain bass kumpulan popular Maroon 5, Mickey Madden ditahan atas dakwaan melakukan keganasan domestik.
Page Six melaporkan, Madden ditahan pada Sabtu lalu di Los Angeles di bawah Kod Penal 273.5(a).
Kredit foto: Getty/Metro
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan kepada Metro.co.uk bahawa pemuzik berusia 41 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan trauma pada pasangan atau teman serumah. Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan kepada awam.
Madden dibebaskan selepas membayar jaminan sebanyak ASD50,000 (RM214,325) dan boleh berdepan hukuman penjara enam tahun dan denda ASD6,000 (RM25,719), jika didapati bersalah.
Sementara itu, jurucakap Maroon 5 berkata, pihaknya sangat kecewa dengan berita mengejutkan ini.
"Kami mengambil serius isu ini dan buat masa ini kami memberi ruang kepada semua yang terbabit untuk menyelesaikan isu berkenaan," katanya.
Kredit foto: My Celebrity Life
Menurut laporan, ini bukan kali pertama Madden ditahan pihak berkuasa dan empat tahun lalu dia ditahan atas kesalahan memiliki kokain. - CARI |