CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16664|Reply: 91

Baru umur 12 tahun,pelakon kanak-kanak Alyssa Dezek dah mampu pakai Vellfire

[Copy link]
Post time 3-7-2020 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 3-7-2020 08:36 AM

Baru umur 12 tahun, Alyssa dah dapat beli Toyota Vellfire

[email protected]

PENYANYI dan pelakon cilik terkenal, Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu 'cover' di YouTube sejak berusia empat tahun berjaya membeli kereta idamannya, Toyota Vellfire.

Alyssa ketika ditemui Harian Metro berkata, dia tidak menyangka video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usia 12 tahun.

"Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube

"Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.

Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia.

"Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan," katanya.

Alyssa mampu membeli kereta mewah itu yang dianggarkan berharga lebih RM250,000.

Menurut Alyssa, dia berharap kejayaan saluran YouTube miliknya dapat memberi inspirasi kepada orang luar terutama kanak-kanak yang sebaya dengannya.

"Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.

"Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.

"Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton," katanya.

Tambah Alyssa lagi, dia berterima kasih kepada ibunya, Suzanne Desek kerana sudah mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu.

"Mulanya ibu yang mencadangkan video nyanyian saya dimuat naik di YouTube kerana boleh menyimpan segala kenangan.

"Sejak memulakan saluran itu pada tahun 2012, banyak video dimuat naik menjadi tular seperti lagu Kun Anta yang dinyanyikan semula hingga penyanyi asal ingin bertemu dengan saya ketika dia datang ke Malaysia tidak lama dulu.

"Malah perkongsian saya bermain ukulele seawal umur empat tahun pun turut menarik perhatian penonton di saluran YouTube itu," katanya.

Difahamkan Alyssa adalah selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni se spesis ngn sapa dak pompuan nyanyi senada dr awal smpi habis main ukulele bercinta mcm org dewasa pastu break dah.
Kereta alfad tu idaman mak ko. Tahu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik bli rumah dik market value makin naik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
motif akak tak kenal kau dik? hari2 akak berkuntum kt utube tu. xpenah nampak sekali pungggg. bestnye ada keta besarrrr, xsia2 usaha mak promote anak utk kelangsungan idop ye wow
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:16 AM | Show all posts
shiapa sheols nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
So ukuran kejayaan tu keta vellfire ke acaner

Melayu & vellfire berpisah tiada... next!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:24 AM | Show all posts
alhamdulilah.

mohon takde berita merempat bila dah terduduk tak laku nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry xkenal adik.ni..tp apa2 pun tahniah..cuma rugi dik..dr beli kete baik beli harta tanah..harga makin naik..kete ada depreciation value..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni idaman mak bapak dia..bukan anak. Ank perempuan umo gini paling habis pon nak set lengkap barbie doll. Patut mak bapak invest ke internesel school ka...then bole sambung blajar ke obesi lepas spm kaaa.. ke meols skema sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:36 AM | Show all posts
Kipaskiok replied at 3-7-2020 09:26 AM
Sorry xkenal adik.ni..tp apa2 pun tahniah..cuma rugi dik..dr beli kete baik beli harta tanah..harga  ...

ala budak2 what do you xpect?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:36 AM | Show all posts
tuah badan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:42 AM | Show all posts
sah2 la bukan budak ni yang uruskan maintenance
kereta.. untung mak bapak ada anak yang menjana
pendapatan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:42 AM | Show all posts
walaupun tak kenal dik ni tapi kagum sebab YT subscriber dia 3 juta, memang selepuk2 dapat duit every month ni, kira dah 8 tahun lah dia ni ada YT channel ekk

tapi dik kalau i, i beli condo ke landed property sebiji dua  sebelum invest ke keta ratus ribu yg hujung2 nanti  takde value dik, property tu u boleh sewakan dik, generate monthly income gak tu, tambah income dr YT tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa ke beli dek. Lagi real kalo show off geran keta skali. Harap belajar dari pengajaran orang2 terdahulu seperti Puteri Balqis. Aniway, awok blakon annoying lar
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:46 AM | Show all posts
melayu, kekayaan diukur pada kereta..

kesian kau dik... xmo elaborate pjg2 la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 09:47 AM | Show all posts
makita replied at 3-7-2020 09:35 AM
Ni idaman mak bapak dia..bukan anak. Ank perempuan umo gini paling habis pon nak set lengkap barbie  ...

ini setuju...

invest in education..kalo iols antor anak blajar obersi terus kalo duit dah banyak


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik tak kenal ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:52 AM | Show all posts
ada alpat & velfire ni as a benchmark orang hado2 gak eh ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 09:57 AM | Show all posts
bottombikini replied at 3-7-2020 09:52 AM
ada alpat & velfire ni as a benchmark orang hado2 gak eh ?

Ye lah..padahal kete rocon Jepun je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056874 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list